Hikayt Raja Donan dan Unsur Intrinsiknya

Hikayat Raja Donan 

 

Kisah berlaku di Gunung Mandi Angin yang diperintah oleh Raja Madong Bongsu. Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabia dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah. Kemudian diambil oleh Bidan Nan Tujuh. Lahir bersama puteranya, sebilah pedang di tangan kanan, sebiji telur di tangan kiri dan selaras senapang di bahu kanan. Puteranya dinamakan Raja Donan atau turut dikenali dengan Awang Donan.

 

Raja Madong Bongsu memanggil Nujum Nan Tujuh ke istana untuk menilik nasib baik atau buruk puteranya. Enam orang nujum membuat tilikan Raja Donan akan membawa celaka kepada negeri Gunung Mandi Angin. Manakala Nujum Nan Bongsu menilik Raja Donan akan membawa tuah kepada negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya. Namun, hasrat baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Raja Donan dibawa mengembara ke Pulau Sembilan dan dipelihara di sana oleh mereka berdua dengan penuh kasih sayang.

Setelah meningkat remaja, Raja Donan menebang buluh untuk membuat seruling di tepi sebatang sungai tetapi tidak berjaya. Ketika itu, datang seekor gagak betina yang buta bersama seekor anaknya ke tempat Raja Donan. Burung gagak bersetuju untuk mengajar Raja Donan membuat seruling, dengan syarat Raja Donan memberikan kerak nasi kepada anaknya. Raja Donan telah memukul mata gagak dengan kerak nasi dan dengan takdir tuhan, mata gagak yang buta menjadi celik. Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling. Gagak menyuruh Raja Donan menebang buluh dan dicampakkan ke air dan mengambil buluh yang hanyut ke hulu sungai untuk dibuat seruling.

Pada waktu malamnya, Raja Donan membakar gobek untuk menyelar buluh seruling. Ketika itu, Raja Donan terdengar bunyi dentuman bedil dari arah negeri ayahandanya yang memberi alamat bahawa negeri Gunung Mandi Angin diancam musuh. Setelah meminta izin daripada Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh, Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin untuk membantu ayahandanya.

Berlaku pertarungan hebat antara Raja Madong Bongsu dengan Raja Mambang Nan Tujuh. Raja Madong Bongsu berjaya membunuh Mambang Nan Tua bersama lima lagi Raja Mambang. Tetapi akhirnya Raja Madong Bongsu berjaya dibunuh pula oleh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya. Ketika belajar bersilatlah Raja Donan Berjaya membunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Ketujuh-tjuh bangkai Raja Mambang Nan Tujuh dijadikan makanan buaya putih.

Sebelum pulang ke Pulau Sembilan, Raja Donan telah menghidupkan kembali ayahandanya yang mati dibunuh Raja Mambang Nan Bongsu. Mayat ayahandanya diletakkan di atas sebidang tikar putih dan kain putih. Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan membangkitkan asal usul keturunannya. Pada masa yang sama, Raja Donan menabur beras putih sebanyak tiga kali dan mengenakan lidi nyiur gading kepada mayat ayahandanya.Permaisuri telah memberitahu Raja Madong Bongsu bahawa baginda telah dihidupkan oleh anakandanya Raja Donan. Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya. Baginda berangkat ke Pulau Sembilan dan berjumpa dengan tiga orang pemukat yaitu penyamaran Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh. Setelah gagal bertemu dengan anakandanya, Raja Madong Bongsu pulang semula ke negeri Gunung Mandi Angin. Raja Madong Bongsu pergi kali kedua ke Pulau Sembilan untuk mencari dan ingin bertemu dengan anakandanya.namun usahanya juga gagal kerana Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus.

 

ANALISIS HIKAYAT RAJA DONAN :

·         Unsur Instrinsik :

 

1.            Tema :

Keistimewahan dan kepahlawanan seorang putera raja

2.            Plot :

 Maju

   3.            Latar :

 

1.      Latar tempat :

Istana Raja Madong Bongsu , Gunung mandi angin , dan Pulau Sembilan

2.      Latar waktu :

–          Pada zaman pertembungan budaya hindu-islam, buktinya ada unsur kesaktian (Hindu:orang mati dihidupkan kembali, Islam : doa Raja Donan dimakbulkan.).

3.      Latar Suasana :

Bahagia,menegangkan, menakutkan, menyedihkan.

4.            Karakter :

a) Raja Donan : 

Pintar : Raja Donan, Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh menjelma menjadi gabus

Berani : Raja Donan kemudiannya berpura-pura baik sebagai satu   muslihat untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu.

Penolong : Raja Donan melayang ghaib ke negeri Gunung Mandi Angin unutk membantu ayahandanya.

         b) Ayah Raja Donan

 Zalim : Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya.

Insaf : Raja Madong Bongsu insaf dengan kesilapan yang telah dilakukan dan berhasrat untuk mencari anakandanya

          c) Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda

              Baik hati :Sebagai pengasuh Raja Donana

          d) Raja Mambang Nan Bongsu

             Serakah : Pembunuh ayah Raja Donan

5.            Amanat :

Jangan terlalu percaya perkataan orang lain . Kita harus mengurangi rasa kekejaman terutama kepada anak .

6.            Sudut pandang :

Sudut pandang orang ke-3 sebagai pengamat

·              UNSUR EKSTRINSIK :

1.      Nilai Religius :

Bukti : . Kemudian berseru-seru kepada Allah S.W.T dan membangkitkan asal usul keturunannya.

2.      Silsilah :

Bukti : Baginda dikurniakan seorang putera yang lahir dengan penuh keajaiban. Apabia dilahirkan, puteranya jatuh ke tikar, tikar koyak, jatuh ke lantai, lantai patah dan akhirnya jatuh ke tanah.

3.      Nilai moral :

Bukti :

 –  Raja Madong Bongsu percaya kepada tilikan enam orang nujum dan mengambil keputusan untuk membunuh puteranya.

– Namun, hasrat baginda tidak kesampaian kerana dihalang oleh Temenggung Bendahara dan Mak Inang Tanda Pengasuh.

4.      Nilai pendidikan :

 -Kemudian burung gagak mengajar Raja Donan cara untuk membuat seruling.

-Raja Donan menjadikan Raja Mambang Nan Bongsu sebagai bapa angkatnya dan belajar ilmu persilatan dengannya.

Leave a Reply