teks ekposisi

PERBUATAN DAPAT BALASAN

Ada tiga orang sahabat yang bernama Kendi, Buyung dan Awang yang sedang mengembara. Mereka membawa bekal makan seperti beras, daging, susu dan buah-buahan. Apabila mereka capek dalam perjalan mereka berhenti dan memasak makanan. Jika mereka bertemu kampung, mereka akan berhenti dan membeli makanan untuk membuat bekal saat perjalanan.

Pada suatu hari, mereka tiba di kawasan hutan lebat. Di kawasan itu mereka tidak menemukan dusun atau kampung. Mereka berhenti dan beristirahat di bawah batang pokok ara yang rendang. Bekal makanan mereka pula telah habis. Ketiga-tiga sahabat ini merasa sangat lapar.

“Hai, kalau ada nasi sekawah, aku akan habiskan seorang,” tiba-tiba Kendi mengeluh. Dia mengurut-ngurut perutnya yang kelaparan. Badannya disandarkan ke perdu pokok ara.

“Kalau lapar begini, ayam panggang sepuluh ekor pun sanggup aku habiskan,” kata Buyung juga.

“kamu berdua jangan tamak dan jangan berbicara seperti itu. Aku pun juga lapar. Bagi ku, kalau ada nasi sepinggan saja sudah cukup,” Awang bersuara.

Kendi dan Buyung tertawa mendengar pembicaraan Awang.

“Dengan nasi sepinggan, mana mungkin kita bisa kenyang? Perut kita sangat lapar!” ejek Kendi. Buyung ppun menyetujui pendapat kendi.

Pembicaraan mereka didengar oleh pokok ara. Pokok itu bersimpati mendengar keluhan ketiga pengembara itu. Lalu, pokok ara menggugurkan tiga helai daun.

Bubb! Kendi, Buyung dan Awang mendengar bunyi seperti benda terjatuh. Mereka segera mencari benda tersebut dicelah-celah semak. Masing-masing menuju ke arah yang berlainan.

“Eh,ada nasi sekawah!” Kendi menjeritkeheranan. Dia mendapat nasi sekawah yang masih beruwap. Tanpa berfikir panjang dia langsung menyuap nasi itu dengan lahapnya.

 

“Ayam panggang sepuluh ekor! Wah, sedapnya!” tiba-tiba Buyung pula bersuare dari arah timur. Serta melelehkan air liurnya. Seleranya pun terbuka. Dengan lapar dia mengambil ayam yang paling besar lalu makan dengan lahap.

Melihatkan Kendi dan Buyung telah mendapat makanan, Awang semakin pantas meredah semak. Ketika Awang menyelak daun kelembak, dia melihat sepinggan nasi berlauk yang terhidang. Awang tersenyum dan mengucapkan syukur kerana mendapat rezeki. Dia pun makan dengan tenang.

Selepas makan, Awang rasa segar. Dia beristirahat  di bawah pokok ara sambil memerhatikan Kendi dan Buyung yang sedang memakanan yang ada dihadapannya.

“Urgh!” Kendi sendawa. Perutnya sangat kenyang. Nasi di dalam kawah masih banyak. Dia tidak mampu menghabiskan nasi itu. “Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba nasi di dalam kawah itu bertanya kepada Kendi.

“Aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

“Bukankah kamu telah berjanji akan menghabiskan kami sekawah?” Tanya nasi itu lagi.

“Tapi perut aku sudah kenyang,” jawab Kendi.

Tiba-tiba nasi itu berkumpul dan mengejar Kendi. Kawah itu menyerkup kepala Kendi dan nasi-nasi itu menggigit tubuh Kendi. Kendi menjerit meminta tolong.

Buyung juga kekenyangan. Dia cuma dapat menghabiskan seekor ayam sahaja. Sembilan ekor ayam lagi terbiar di tempat pemanggang. Oleh kerana terlalu banyak makan, tekaknya berasa loya. Melihat baki ayam-ayam panggang itu, dia berasa muak dan hendak muntah. Buyung segera mencampakkan ayam-ayam itu ke dalam semak.

“Kenapa kamu tidak habiskan kami?” tiba-tiba tanya ayam-ayam panggang itu.

“Aku sudah kenyang,” kata Buyung. “Makan sekor pun perut aku sudah muak,” katanya lagi.

Tiba-tiba muncul sembilan ekor ayam jantan dari celah-celah semak di kawasan itu. Mereka meluru ke arah Buyung.

Ayam-ayam itu mematuk dan menggeletek tubuh Buyung. Buyung melompat-lompat sambil meminta tolong.

 

Awang bagaikan bermimpi melihat gelagat rakan-rakannya. Kendi terpekik dan terlolong. Buyung pula melompat-lompat dan berguling-guling di atas tanah. Awang tidak dapat berbuat apa-apa. Dia seperti terpukau melihat kejadian itu.

Akhirnya Kendi dan Buyung mati. Tinggallah Awang seorang diri. Dia meneruskan perjalanannya.

Sebelum berangkat, Awang mengambil pinggan nasi yang telah bersih. Sebutir nasi pun tidak berbaki di dalam pinggan itu.

“Pinggan ini akan mengingatkan aku supaya jangan sombong dan tamak. Makan biarlah berpada-pada dan tidak membazir,” kata Awang lalu beredar meninggalkan tempat itu.